Followers

Tuesday, September 13, 2011

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Wednesday, September 7, 2011

SAKIT GIGI

Salam,
Aduh, sakit gigi bukan boleh di buat main main. Memang betul betul sakit.. Dah beberapa malam aku tanggung sakit gigi ni. Rasa nak demam je.
Dah jumpa Doktor gigi, dia kasi ubat tahan sakit, tapi xboleh dicabut kalo gigi tengah sakit takut effect kat lain plak. Memang dah tertanggung dah ni kalo sakit yang amat macam ni.



P/s: Ya Allah kau sembuhkanlah kesakitan gigi aku ni secepat yang mungkin, dah x tertanggung dah menahan kesakitan ni.

Wednesday, August 24, 2011

LETIHLA...

Salam,
Letihnya ari ni..Semalam tidur lambat, sebabnye berbuka diluar n terus bershoping di Tesco ngan member member housemate.
Aku ni haousemate baru diaorang, so aku ni 1st time la nak kuar ngan diaorang saat saat akhir ramadhan ni. Masuk masuk je depan Tesco, ada orang jual baju kurung, so, berhenti kejap n usha usha dulu, tengok kat harga, terkejut..harga baju kurung 2 RM 29.00 Sahaja, dah diberi diskaun..Mak ai murahnya, apa lagi aku ambil la 2 pasang. Baju dia ok jg la. kain jenis cotton dan baju kurung 2 jenis baju kurung moden. Setakat nak bawa pergi kerja 2 ok la, bagi aku memang cantikla bajunye.

Hari ni langsung xad kerja kat office..Asyik duduk je, betul betul penat. Badan pun dah lenguh lenguh sekarang ni. Haiya xad kerja pun boleh jadi letih, ad kerja pun jadi letih juga..Emmm, xtau nak cakap ap..

Thursday, August 18, 2011

ALA...NI YANG XSUKE NI...

Salam
Betul-betul xsuke la kalo ada spesis yang suka sangat nak tumbuh tumbuh tanpa minta izin kat muka aku ni. Betul betul mencacatkan muka aku yang nak cantik ni. Seri wajah pun terus lari xdatang datang dah.

Nak katakan ABC xjuga, tetibe je tumbuh dengan mendadak. Besar besar plak 2. Ni yang membuatkan hatiku gundah gelana xtenteram. Nak menghilangkannya bukan main payah dan memakan masa la juga. Aku harap hilang la cepat cepat ye sebelum raya menjelang ni.

Kalo xtumbuh tumbuh pun xpe, aku lagi suke. Pergila tumbuh kat muka orang lain plak..oppssss.......Dah la sakit, menunggu masak baru la boleh dicampakkan keluar, dah 2 plak ditinggalkannye kesan yang amat menyakitkan hati untuk menghilangkannye yang memakan masa dalam 2 minggu. Huh...

P/S: Ada sesiapa nak bagi petua x xnak kaci jerawat tumbuh dah....xsuke la

Wednesday, August 17, 2011

MENGENANG NASIB DI HARI LEMBARAN VERSI BANJAR

Oh Angahnya..

kao wahini bukan anum lagik.

Oh Angahnya..
...
Hubanmu gin panuh sekapala.

Oh Angahnya..

uyuh awakmu beharian di bandang.

Bawa beranai Angahnya oi..

kada larik pang bandang mu yang sekangkang warik ituk.

Kasihan Angahnya..

handak mencari sesuap nasik.

Sudah nasibmu Angahnya..

meunjun haruan,salipar yang sangkut.

Jangan menangis Angahnya..

kina ada haja bulihanmu.

bawa baertanang Angahnya.

Oh Angahnya..

tapihmu handak terjurut,

kopiahmu handak terpacul.

Mapa handak raya Angahnya oii..

amun kaini ngalihnya.

Taruskan bersabar.
P/S: Yang mana xpaham 2,buat-buatla paham ye

ALAHAI TUDUNG...

Salam,
Hari ni dengan penuh semangat nak pakai tudung bunga-bunga colour biru + putih + coklat, baju kain kosong biru gelap..Masukkla juga kan...
Tudung 2 memang dah lawa, tambah-tambah lagi si pemakainya seperti aku..huhuhuhu (naik lif tekan sendiri plak). Memang padan sangatlah. Tudung ni dah lama aku beli, tapai jarang pakai, sebabnye sebabnye macam sekarang ni la..Bile aku pakai je xsampai 1/2 jam pasti muka aku terus jadi bulat, tudung plak herot2,gelembong sana, gelembong sini, menyakitkan hati betul la nak membaikinya. Penatla macam ni, orang posa tau....asyik nak kena baik pulih ko je dari tadi.

Nasib baik la bulat-bulat muka aku ni tapi tetap cute dari pandangan mata aku ni...Korang jangan nak jeles..huhuhuhu

P/S: malas dah nak membaikinye, lantakla ko nak herot macam mana pun, xkuasa nak layan...




Tuesday, August 16, 2011

Monday, August 15, 2011

YES BOS

Salam
Novel terbaru dan dikatakan sangat terlaris di pasaran..Apalagi, bila dikatakan sangat terlaris aku memang teruja nak baca novel ni. Waktu rehat tadi terus je pergi ke Kedai buku kat Tapah ni. Nasib baik novel 2 masih ada stok lagi, kalo x kena tunggula 2 minggu lagi baru owner kedai buku 2 oder lain. Novel ni baru beli so, aku xboleh nak cerite novel ni best ke idak.



P/S: Kalo nak tahu novel-novel terlaris dipasaran boleh terjah ke SINI

SELAMAT DATANG KE BLOG AKU

Salam & Selamat berpuasa yang ke 16 hari....
Ni blog baru aku, aku harap semua blogger sudi singgah ke blog aku ni.
Korang pun bolehlah melawat ke blog ini juga http://normala.normala.blogspot.com.. Harap-harap korang enjoy ngan blog aku ye...

Kepada yang sudi singgah, aku ucapkan ribuan terima kasih...
Semoga kita semua happy sentiasa berblog.....




HATI-HATI GUNA CYBER CAFE...

  • Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...

  • Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..

  • Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

  • Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

  • Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.

  • Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..

P/S: Aku dapat info ni dari FB,. Pada Sesiapa nak copycat info ni copy ajela...aku xkisah pun